Latar belakang

Sehingga Disember 2020, sebanyak 408 program dengan penyertaan seramai 46,778 orang yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak pra sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, kolej, institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan dan kemahiran, golongan professional, pesara dan orang awam.

2020

Pada tahun 2011, Perpustakaan Negara Malaysia telah membangunkan Modul Literasi Maklumat dan menjenamakannya  sebagai  Program Literasi Media dan Maklumat (LMM).  Untuk tujuan ini, 12 pegawai SME telah dilantik untuk mengendalikan modul dan program di seluruh Malaysia.  Modul LMM merangkumi tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan mengaplikasikan model the Big6 oleh Eisenberg dan Berkowitz yang diperkenalkan pada tahun 1988.  Majlis pelancaran Modul LMM dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, selaku Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 23 Disember 2011, di Sek. Keb. Ulu Luit, Maran, Pahang.

2011

Literasi Media dan Maklumat (LMM) merupakan produk yang dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bermula pada tahun 2010 menerusi projek rintis dikenali sebagai Program Outreach: Bengkel Pencarian Maklumat dan Pempakejan Maklumat.  Tiga buah sekolah telah dipilih sebagai program rintis iaitu Sek. Men. Keb. Bandar Baru Sentul, Sek. Men. Keb. Puteri Wilayah dan Sek. Men. Keb. Puteri Ampang, Kuala Lumpur.  Seramai 110 pelajar telah menyertai program rintis ini.

2010
Scroll to Top