Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar pada sistem e-LMM?
  1. Isi borang pendaftaran.
  2. Klik butang ‘Daftar’.
  3. Terima e-mel: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput.
2. Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem e-LMM?

Warga negara Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem e-LMM.

3. Bagaimana hendak mendaftar kursus di e-LMM?

Sebelum anda ingin memasuki Tahap-tahap kursus, pengguna diwajibkan menduduki Ujian Saringan.

Pengguna boleh mendaftar kursus di e-LMM melalui senarai kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik ‘Log Masuk’ ke e-LMM
  2. Klik Menu ‘Senarai Tahap’. Pengguna boleh melihat senarai kursus e-LMM mengikut tahap. Tahap kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.

Berikut adalah prasyarat bagi setiap Tahap

  1. Tahap Asas – Tiada
  2. Tahap Pertengahan – WAJIB menamatkan Tahap Asas
  3. Tahap Lanjuntan – WAJIB menamatkan Tahap Asas dan Lanjutan
4. Bagaimana kaedah pembelajaran kursus melalui e-LMM?

Pembelajaran melalui e-LMM adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.

5. Bagaimanakah bentuk bahan pembelajaran kursus melalui e-LMM?

Cara pembelajaran melalui e-LMM adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna e-LMM. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna e-LMM.

6. Bagaimana hendak mendapatkan sijil di dalam sistem e-LMM?

Pengguna boleh mencetak sendiri sijil e-LMM dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik pada menu ‘Sijil’.
  2. Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.
7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa kata laluan?

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai ‘Lupa Kata Laluan’ di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel. 

 

Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan e-LMM di talian No. Tel: 03-2687 1700 samb. 4327/4339/4386 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP) .

Scroll to Top