Arahan Pelajar
Arahan umum
- Anda perlu menduduki Ujian Saringan terlebih dahulu sebelum menduduki Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
- Berpandukan kepada markah Ujian Saringan, anda akan dibenarkan untuk menduduki Tahap e-LMM. Panduan markah adalah seperti berikut:
- 0% – 33% – Tahap Asas
- 34% – 66% – Tahap Pertengahan
- 67% – 100% – Tahap Lanjutan
Arahan semasa pembelajaran
Semasa anda menduduki Tahap-tahap e-LMM, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi.
- Anda diwajibkan menonton video penerangan sehingga tamat.
- Jikalau anda tidak menonton video hingga tamat, sistem tidak akan mengesan adakah anda telah mempelajari topik terbabit.
- Sila pastikan anda bersedia untuk menonton video terbabit. Jangkamasa video dipaparkan pada papan kawalan.
- Anda juga dinasihatkan untuk mengambil nota atau mengingati kandungan video terbabit kerana di akhir setiap modul, anda akan menjawab soalan Uji Minda.
- Di pengakhiran setiap Tahap, anda WAJIB menduduki Ujian Akhir bagi melayakkan anda mendapat sijil penyertaan.