
AGENDA LITERASI MAKLUMAT NEGARA

Definisi Literasi Maklumat
Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.


Definisi Celik Maklumat
Individu celik maklumat berkeupayaan untuk:
- Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa
- Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien
- Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti.
- Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik
- Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut
- Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat
- Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format.
HALATUJU NILA
DEFINISI
1. Membangunkan definisi
- Literasi maklumat
- Celik maklumat
MODUL
1. Modul literasi maklumat
- Komuniti pendidkan,
- Komuniti sekolah
- Komuniti awam
2. Lantikan Ahli Jawatankuasa NILA
3. Lantikan Ahli Jawatankuasa Kepakaran Pemandu NILA
2021 - 2022Piawaian
- Membangunkan standard dengan indikasi pencapaian, hasil pembelajaran dan alat penilaian (assessment tools)
- Membangunkan indeks literasi maklumat
Institut Latihan
- Mewujudkan pusat literasi maklumat, atau institut literasi maklumat atau menaik taraf bahagian sedia ada.
- Membangunkan portal literasi maklumat